Featured

Thursday, July 27, 2017

Resepi Sotong Sumbat Telur Goreng


Assalamualaikum, hye! ;)


Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan blog OMG husna! tak ber-update empat bulan. Ya tuhann, tak taw lah apa ke baloq liat sangat nak update blog. 😣

Sementara nak kutip mood tu balik, mencari kekuatan kudrat yang masih bersisa, husna mulakan dengan entri simple ni dahulu..

sotong_sumbat

Resepi Sotong Sumbat Telur Goreng ni husna buat waktu berbuka puasa hari tu, dek terpengaruh dengan Kak Noli, salah sorang kakitangan pengurusan kat tempat husna intern dulu. Gigih bonar laa lepas sahur tak tido risau kang terlajak nak pergi pasar basah. Nak cari sotong saiz besar gedabak centu memang tak dapat laa kalau kat kedai runcit biasa.. 

Resepi asal ada dua jenis; 1) Sotong Sumbat Telur Masin Goreng &, 2) Sambal Sotong Sumbat Telur. Memandangkan husna nak sotong goreng tapi tak nak sumbat telur masin sebab tak makan telur kuning, makanya Sotong Sumbat Telur Goreng jelaa. ngehehehehe..

Bahan-bahan:
- 4 ekor sotong bersaiz besar
- 5 ekor udang besar **dicincang
- daun bawang & daun sup **
- cili merah **
- bawang besar **
- 3 biji telur

Cara-caranya:

sotong_sumbat

1. Bersihkan sotong. Kemudian siapkan bahan-bahan inti sumbat; 1) udang dan bawang besar dicincang kasar, 2) cabai merah, daun sup daun bawang dipotong kecil. Bawang besar tu husna cincang guna khidmat cik Manual Chopper Tefal je senang cerita. 

Terima kasih Lazada! 😘

2. Ambil kuali tumis bawang sehingga garing, masukkan kesemua bahan-bahan cincang tadi, goreng sekejap lepas tu pecahkan telur buat macam telur hancur. Kemudian perasakan sikit dengan garam atau lada ikut sedap tekak memasing. Kalau nak pedas boleh juga letak cabai melaka.

Siap dan sejukkan sebelum kita mulakan proses menyumbat. 😁

sotong_sumbat

3. Seterusnya sumbat dan padatkan sotong-sotong tu, tapi jangan sampai meletup perut kawan tu sudah laa. Bahan inti sumbat yang husna buat tu ngam-ngam untuk empat ekor sotong. Kemudian rapikan dan tutup dengan kepala sotong. 

Yang bahagian mencucuk tu husna mintak mama yang tolong buatkan sebab prosesnya memerlukan kepakaran dan kekuatan lain macam, silap cara tercucuk jari kang terus menyesal tak nak buat dah. Kahkahkah!

sotong_sumbat

4. Dah selesai, panaskan minyak menggoreng. Sementara tu mandi dan lumurkan sotong-sotong tersebut dalam tepung menggoreng. 

Pedulikan kerja anak dara cemerkap, tumpah bersepah habeh..

Patutnya guna Tepung Bestari untuk rasa lebih umphh gituu tapi sebab kesuntukan masa mencari kita bantai jelaa tepung goreng yang mana ada. Susah betul!

sotong_sumbat

Selesai menggoreng dan siap sedia dihidang bersama nasi putih ataupun nak potong kecik-kecik cicah sos pon sedapp! 😋


Till then! See ya~ 

Saturday, February 04, 2017

Resepi Brownies Kedut Nutella


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Brownies Kedut Nutella | Selamat berhujung minggu! Ada yang penuhi jemputan kenduri lagi ke minggu ni? Seronok laa tiap kali hujung minggu je gantung periuk kuali ekekkeke..

#entrypending lagi selagi mood tengah semangat nak kosongkan folder gambar..

resepi brownies sedap dan mudah

Resepi Brownies ni husna buat masa adik-adik husna masih di asrama sekolah, sekarang ni tinggal yang sorang tu je terkontang-konting dan sorang lagi tengah tunggu keputusan spm..

Husna pernah rasa pelbagai jenis brownies jadi dah boleh agak tekstur sepatutnya macam mana.. pernah dapat yang terlalu kering sampai hancur, relai orang Kedah cakap..

Husna rujuk resepi kak Eny Abdullah di [SINI].. ada juga turut disertakan Tips Menghasilkan Kedut Brownies dan Tips Brownies Lebih Sedap..

hasilnya Alhamdulillah dari segi rasa dan tekstur memang puas hati cuma bahagian kedut husna tak menjadi sangat, tak berkilat dan tak berkedut.. silap baca arahan kot ekekke takpaa lagi pula baking bukan benda yang sekali buat terus menjadi, nak kena try and error banyak kali..

resepi brownies eny abdullah

Resepi Brownies Kedut Nutella

Bahan-bahan
400 gm coklat compound jenama Beryl's
150 gm butter
170 gm gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko Van Houten
Secubit garam kasar

Cara Penyediaan

1. Cairkan coklat, butter dan garam menggunakan kaedah double boiler.
2. Tepung diayak bersama serbuk koko.
3. Masukkan telur, gula perang dan esen vanila dalam bekas besar. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat dan kacau rata adunan.
5. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160°C. Masukkan adunan dalam loyang 10x10 inci.
6. Bakar selama 30-40 minit mengikut kesesuain oven.

Untuk hiasan husna guna Nutella campur dengan coklat masakan je sebab Nutella pon dah nak habis ekekke.. teringin nanti boleh cuba buat lagi..


Till then! See ya~

Wednesday, February 01, 2017

Celebrate Birthday Mama & Keputusan PT3 Adik



Assalamualaikum w.b.t..


Celebrate Birthday Mama & Result PT3 Adik | Salam 1 Februari, Salam 20 sen.. husna tengah ada mood nak keluarkan cerita-cerita lama ni ekekekke, harap yang membaca juga bertabah..

Birthday mama husna 18 Disember, sebulan dah pon berlalu dan semua sedia maklum bahawa keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pon keluar pada keesokkan harinya, 19 Disember 2016.. syukur Alhamdulillah adik husna dapat keputusan yang cemerlang, 8A2B.. rasa macam tak percaya, sebab dya ni boleh tahan kaki tidor dalam kelas jugak sampaikan cikgu-cikgu pon kerap mengadu..

Subjek Bahasa Inggeris dapat kepujian (B), entah perangai apa sejak dari zaman husna sekolah lagi, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kitaorang, bila subjek Bahasa Inggeris je mesti dapat B.. mungkin sebab bukan keturunan mat salleh kot cuma anak cucu Tok Salleh je, ekekekke..

Lepas dapat taw keputusan, semua pon pakat tanya adik nak sambut makan-makan kat mana, mulanya dya cakap nak makan Dominos Pizza sebab dya ada banyak kupon, lagipon banyak hari dah dok berzikir nak tebus kupon Dominos Pizza tu.. tapi husna macam tak berkenan sikit disebabkan banyak benda bezanya dengan Pizza Hut Malaysia, jadinya husna cadang pergi makan Pizza Hut je..

Pizza Hut Village Mall

Pizza Hut Village Mall

Hujung minggu 24 haribulan adik-adik husna semua ada kat rumah, abah cuti, husna pon dah masuk minggu study week, alang-alang nak pergi Sungai Petani tu pergi angkut sekali segala barang-barang husna di rumah sewa Sungai Petani, selesai punggah masuk kereta terus ke Village Mall singgah makan Pizza Hut..

Pizza Hut Village Mall

Alhamdulillah rezeki sebulan sekali dapat makan besar macam ni, kalau setiap minggu jenuh botak kepala, cukur bulu ketiak nak bayar.. ekekkeke.. 

Pizza Hut Village Mall
adik husna yang ni jenis susah nak ajak bergambar.. 
Pizza Hut Village Mall

Walaupun ramai yang berpendapat Dominos ni murah sedikit berbanding Pizza Hut tapi Dominos tak dak apa yang Pizza Hut ada, macam sos cili, roti pizza tebal topping tak kering, set keluarga yang dah tak perlu nak add on benda lain.. senang cerita makan Pizza Hut lagi puas hati dan kenyang lah ekekkeke.. tapi itu pendapat husna, sebab citarasa masing-masing tak sama kan..



Till then! See ya~

Sunday, January 29, 2017

Isnin, 9 Januari 2017 bersamaan 10 Rabiulakhir 1438


Assalamualaikum w.b.t..


Isnin, 9 Januari 2017 bersamaan 10 Rabiulakhir 1438 | syukur Alhamdulillah genap 24 tahun dilahir dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mama abah, adik-adik, dikelilingi dengan insan-insan yang penuh dengan aura positif..

Tak dinafikan usia makin menginjak dewasa, terasa masa turut kian cepat berlalu.. tak nak pikir banyak, hanya nak jalani kehidupan dengan sepenuhnya dan perbaiki diri.. pedulikan apa orang nak cakap, yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan dan pedulikan bisik-bisik negatif dari hati sendiri..

Speak and open up your mind
It's something you should do all the time
Keep exploring, seek and find
You know you might surprise yourself..

“Surprise Yourself” by Jack Garratt, Soundtrack Me Before You (2016).


Tahun ni dapat sambut dengan kawan-kawan rumah merangkap kawan sekelas.. diorang ni sempat lagi rancang nak mandikan husna dengan bedak pada malam tu, kurang asam betul.. nasib baik bedak, rambut putih beruban pon takpaa, beserta pakej wangi husna semalaman.. ekekkeke..

Terima kasih Ummi, Azie dan Eera! Pandai rancang ye, konon nak keluar rumah ambek purse dalam kereta, taw taw je dah muncul di pintu bilik dengan kek beserta bedak di genggaman tangan masing-masing.. hahahha.. kelu lidah kita, diam seribu bahasa..


Terima kasih jugak buat mereka yang masih dan sentiasa mengingati tarikh lahir husna.. perasaan bilamana tahun kedua sorok tarikh lahir di facebook, tanpa peringatan tapi masih ada kawan-kawan yang mengingati dan menyampaikan ucapan, rasa terharu ya rabbi! 😄

Tahun lepas nangis sedu sedan sengsorang, rasa tak percaya.. hahahahaha 
Kind of surprise for me!



Till then! See ya~

Sunday, January 22, 2017

Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta


Assalamualaikum w.b.t..


Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta | sejak kebelakangan ni siang malam asyik bermain dengan serum muka je husna ni, sembur-sembur terus rasa muda.. kira muda lagi laa sebab baru 24 tahun pada 9 hari bulan yang lepas ekekkeke..

Kita yang perempuan ni kalau tak dak masalah kulit muka memang tak sah.. Cemburu tengok diorang yang sejak azali kulit muka licin bersih tanpa sebarang cela.. Dedulu antara usaha dan rutin harian yang biasa kita lakukan ialah mungkin dengan mengisar buah tomato, kemudian jadikan ia sebagai mask muka sebelum nak tidur..


Sekarang ni tak perlu lagi dah nak susahkan diri buat semua tu, melainkan kalau diri dah terlebih-lebih rajin ekekekke.. husna perkenalkan Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta..

Apa Itu Serum Mawar Zeeta??


Serum Mawar Zeeta merupakan Serum Mawar Anti–Penuaan yang mengandungi estrak pati kelopak bunga mawar, juga diperkaya dengan Vitamin C dan E yang membantu meremajakan kulit dan awet muda..

Patutlaa bau pon harum je, waktu pertama kali sembur rasa macam tengah sembur air sirap yang guna pati jenama ros, wangi dan husna rasa macam nak minum ekekkeke..

Kelebihan Serum Mawar Zeeta


Asyik bercerita je dari tadi tapi tak tahu kelebihan mengenai Serum Mawar Zeeta ni pon tak guna jugak kan ekekkeke.. 

Antara kelebihan dan kebaikan serum muka terbaik Zeeta ni ialah:

·         Memberi kesegaran serta merta
·         Mampu menyembuhkan luka dengan cepat
·         Mengekalkan keanjalan kulit wajah
·         Mengecut dan menghilangkan jerawat
·         Mengecilkan liang-liang pori wajah
·         Menjadikan kulit wajah lebih gebu
·         Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
·         Terapi minda & anti stress
·         Berupaya menghilangkan mengantuk
·         Boleh melegakan selesema dan resdung

Semburan getaran aura mawar ini memang sesuai untuk semua peringkat umur tak kira lelaki mahupun perempuan terutamanya kepada mereka yang selalu sangat mengadap skrin komputer kat tempat kerja dan sudah semestinya jugak buat pelajar macam husna ni..

Yelaa perkara biasa dalam kalangan pelajar asal bukak buku nak study je, mesti waktu tu jugak nak menguap kononnya mengantuk, tak paham betul! Selain dari teknik cara belajar yang betul dan waktu belajar yang sesuai, serum muka terbaik ni juga merupakan salah satu cara mengatasinya.. 😍

Bagaimana Cara Menggunakan Serum Mawar Zeeta??


Cara nak menggunakan serum muka terbaik ni ialah hanya perlu semburkan pada kulit muka dengan seberapa kerap yang kita mahukan tak kira siang mahupun malam..

Husna faham mesti kalau dah sekali sembur tu rasa nak sembur berkali-kali kan sebab bau yang dikeluarkan dari serum muka terbaik ini sangat lah tak boleh di pedulikan, bau haruman bunga mawar..

Bagus betul, buat orang rasa tertarik nak sembur berkali-kali, lagipon susah nak jumpa perempuan yang tak suka bau bunga ros.. dan sudah semestinya, hasilnya akan memberi kesan yang menakjubkan serta kesegaran yang berpanjangan..

Testimoni Terbukti Serum Mawar Zeeta

Ini adalah beberapa testimoni-testimoni berkesan dan terbukti daripada para pengguna serum muka terbaik Zeeta..







Harga & Cara Membeli Serum Mawar Zeeta


Kalau husna sebut harganya mesti ramai yang tak percaya, sebab husna sendiri pon rasa macam tak percaya ekekkeke.. dengan hanya RM20 kita dah boleh miliki sebotol untuk 70ml serum muka terbaik Zeeta ni.. tertakluk kepada caj pengeposan RM6..

Serum muka produk keluaran Zeeta ini bukan sahaja mampu mengatasi masalah kulit berminyak, ia juga merupakan serum muka yang bagus dan murah..

Bagaimana ingin membeli serum muka terbaik Zeeta ni?? Hanya perlu Whatsapp segera ke nombor 019-220 9069 / 013-330 8583 atau terus komen PM di facebook mahupun instagram..

Facebook: Zeeta Pakar Mawar

Instagram: @zeetaofficial
#zeetamagisaura #zeetanista #mawarista




Till then! See ya~

Saturday, January 21, 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


Assalamualaikum w.b.t..



Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

" height="435" width="640" />



Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates