Featured

Thursday, July 24, 2014

"Rumah Syurga Di Hujung Jalan"


Assalamualaikum w.b.t..


Hi semua!! malam ni ingat nak review satu site atau tumblr ni.. sinonim sangat dah kan kalau sebut pasal tumblr je mesti akan ingat ianya penuh dengan gambar hak milik sendiri ataupun hasil kongsi dari site lain.. tapi tumblr yang husna nak review ni actually penuh dengan words.. memang tak de setempek gambar pon, first time jumpa.. kesian kat husna kan.. LOL~


RUMAH SYURGA DI HUJUNG JALAN..

"Pak cik, saya setiausaha persatuan di sekolah. Nanti saya cadangkan untuk mengumpul derma. Sedikit sebanyak boleh membantu rumah syurga di hujung jalan itu," kata Ehsan. Dia menggeleng, "Usah, nak. Biarlah kami berdikit-dikit. Usah mengumpul derma dan kemudian meninggalkan kami bertahun-tahun. Datang kembali memberi derma, seolah-olah sejumlah wang itu boleh mengubah ketidakprihatinan masyarakat kepada kami." Ehsan menggaru kepala mendengar kata-kata Dia itu.

Bukan bantuan kewangan yang sudah tentu sekadar ada. Bukan sekadar simpati dan prihatin yang hanya dizahirkan di hadapan lensa. Anak-anak yatim tidak melihat dunia ini sebagaimana kita melihat dunia ini. Ia dari pandangan yang berbeza. Sebagaimana kita melihat Ramadan pun pada sudut pandangan yang berbeza. Berpuasa diserikan dengan aktiviti menjelajah bazar Ramadan dan berpuasa dengan berbuka sekadar yang ada tentulah berbeza.

Menginsafi kewujudan kita di muka bumi ini sebagaimana duduk ketika tahiyat akhir. Tidak selesa dan tidak stabil. Boleh rebah jika ditolak lembut. Begitulah kehidupan di dunia yang fana ini.


tumblr mr right

Salah satu cerita pendek yang terdapat dalam Welcome To The Right Place.. kadang-kadang tulisannya bersifat menasihati dan kadang-kadang sekadar berjenaka.. santai je semua post Mr. Right.. dan rasanya semua peringkat umur boleh hadam kot.. jom terjah theycallmemrright.tumblr.com.. :)


Till then!! See ya~











Kad Raya Dari Mommy Irra & Mommy Hakimi


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, dah siap buat kuih?? dah masuk berapa jenis?? baju raya dah siap?? rumah dah kemas?? langsir baru dah sangkut ke?? sofa baru dah sampai?? amboihh meriah lerr kalau dah sampai semua benda nak tukar baru.. apa pon berbelanja biar berpada, jangan sampai habis raya semua pakat gigit jari udah lerr.. muehehee..

terlupa nak up entry awal-awal semalam, orang masuk sini terkejut tengok penuh dengan entry makanan.. masuk tengah hari plak teww.. bhahaa.. ampunn ye~

kad raya dari mommy Irra dengan kak Jijah dah sampai!! haihh suka benor terima kad raya.. lagipon tradisi hantar kad raya ni orang dah jarang buat, jadi bila dah terima kad raya, manusia mana yang tak suka.. walaupun hanya sekeping kad raya.. bheheee.. rasanya tahun ni meriah dengan kad raya dari blogger jelaa..

kad raya yang pertama dari zumal, dan kad raya yang kedua dari pha is..

kad raya 2014


kad raya dari mommy irra


terima kasih Mommy Irra!! terima kasih Kak Jijah!! :D


Till then!! See ya~











Tuesday, July 22, 2014

Iftar Bersama Blogger Utara Di Hotel Park Avenue


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, petang ni nak cerita lagi pasal makan, makan dan terus makan.. jyeahh makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ye wahai insan.. bheheee..

ceritanya berbunyi begini, aceewahh, Khamis lepas husna dapat email dari kak farah owner blog Mrs Secretary ajak join blogger utara bukak puasa kat Hotel Park Avenue, Sg. Petani jemputan dari pihak hotel sendiri.. amboihh kemain kan, first time jumpa dah ajak berbuka di hotel, grand giteww.. hahaha.. Alhamdulillah rezeki dapat jugak join, gather bersama blogger.. itu laa dulu asyik tengok blogger lain berkumpul bersama, hati kecil teringin..

dan Sabtu baru baru ni, dapat jugak berjumpa dengan blogger yang satu negeri dengan husna.. malu, teruja semua ada.. segan sebab husna kenal kak farah je, itupon dalam blog, bheheee.. tapi bila dah jumpa semua, eh tersembul muka tak taw malu husna ni.. -..- kemain rancak bersembang, macam dah lama kenal tanya itu ini, maaf ye semua..:)

haa sekarang meh nak tanya, dalam bulan puasa ni selain bazaar Ramadhan kan tempat mana lagi yang korang cuma pergi satu tempat je tapi ada macam-macam jenis makanan?? sebut je apa yang tekak dan perut teringin.. dari makanan berkuah, goreng, bakar, sejuk mahupun panas, semuanya ada je kat Buffet Ramadhan Hotel Park Avenue, Sg. Petani ni.. jangan risau kalau tekak kita tu tetiba berbuka hari ni terasa nak makan makanan western atau mungkin sebaliknya, mengidam makanan kampung..

kemain beratur panjang sebab nak makan kambing rempit..
ehemm nampak macam dya tengah merempit tak?? >_<
model kambing golek.. bheheee..

Buffet Ramadhan Hotel Park Avenue berkonsepkan gerai, ada lebih kurang 25 jenis gerai makanan.. dari sekecil-kecil udang, selembut-lembut bubur hinggalah ke besarnya kambing golek.. bheheee.. diorang turut menyajikan 300 lebih menu makanan kepada tetamu, yang difahamkan sering kali bertukar.. perghh mencabar bagi seorang chef, dan kepuasan berganda bagi seorang pelanggan..

bahagian yong tau fu.. meriah tengok..

ini stall ais kacang.. pilih nak bahan apa, baru datang kat diorang ni letak ais..
ingat bahan ada 2 3 jenis je ke?? nalaaa punya banyak bahan dya..
nampak balang kat sebelah kanan tu! husna pilih yang husna makan jelaa..:D

Sampai je hotel korang kena pusing satu lobi tu baru taw apa yang ada.. Menu yang masih husna ingat yang tak terdetik pon boleh ada ialah roti canai, ais kacang, yong tau fu, pasta, roti john, bakso, laksa, cempedak goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi lah.. 

dari segi minuman ada 9 jenis air ais kalau tak silap dan minuman panasnya teh tarik.. abah husna bedal sampai 3 ke 4 cawan..:p walaupun dah balik sampai rumah, teh tarik itulaa yang abah puji, cerita kat mama husna pon keluar pasal teh tarik.. ekekekke..

stall teh tarik..
stall bakso..
ramai kan?? 
husna terlupa nak pergi kat bahagian tengah tu..:( tertarik dah dengan something yang macam roda ferries tu, sebab ada budak-budak kemain dok pusing pilih juadah, tetiba lepas ambek gambar kaki dah menghala ke tempat lain.. adehh.. apa laa yang mengganggu ku waktu tu ye..-.-'

suasana kat dalam hotel tu meriah sungguh.. husna tak rasa macam tengah bulan puasa, rasa macam datang jamuan rumah terbuka.. bheheee.. bila disoal siasat memang hari-hari macam ni.. hebat lah kan..

abah husna tak nak mende lain, cepat je beratur kat stall nasi ayam ni..

husna punya ayam golek share dengan abah, ais kacang, kuih, murtabak, briyani gam.. 
puas husna tawaf satu hotel, itu je yang husna makan.. roti john dan kebab tu dari kak murni.. abah husna sampai je terus ambek nasi ayam.. waktu beratur nak ambek ayam golek tu ternampak stall makanan laut, takpaa postpone dulu ramai sangat beratur.. dah laa nak dekat berbuka.. fikir berbuka dulu baru ingat nak ambek lain kejap lagi.. 

bila dah sedap kekenyangan tak de maknanya nak bangun ambek.. bontot dah kejap melekat kat kerusi.. ekekekke.. serius semua juadah yang husna ambek memang sedap sampai kembong perut tak taw nak sumbat kat mana lagi.. puas makan..

itu GM hotel, Encik Azmi Rahman.. *maaf atas kekaburan gambar*

itu plak head chef hotel, Encik Nur Azmy.. 

selesai berbuka sembang-sembang sekejap dengan GM hotel dan head chef.. bercerita mengenai pengalaman memasing.. kemain kau duduk semeja dengan GM.. rasa segan, memasing pangkat bos kot.. 

apa yang husna perasan Encik Azmi amat menitik beratkan kebersihan dan status halal sesuatu makanan tersebut.. yelaa benda nak jadi darah daging kita kan.. baguslaa tu.. baru pelanggan boleh letakkan kepercayaan, seiring dengan dengan moto hotel, your trust is our strength.. 


gambar pinjam kat kak farah..:p
dari kiri Mimi, Kak Nazdia, Kak Murni, Kak Shila, Kak Farah dan husna..

terima kasih Encik Azmi dan pihak hotel sebab menjemput kami, dan terima kasih kak farah ajak husna.. will keep in touch dalam blog.. inshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye semua..:)


Till then!! See ya~










Monday, July 21, 2014

Resepi Sup Sayur Campur Tumis Darat


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari kecintaan dan kesayangan.. Salam 23 Ramadhan.. dah masuk tengah hari ni, dah fikir ke nak masak apa berbuka jap lagi?? selalunya mak mak, kakak kakak yang kena masak tiap hari kat rumah tu mesti buntu fikir nak masak apa kan.. walaupun bukan bulan puasa, tetap rasa macam puas fikir lah nak masak makan apa.. kalau ada suami yang jenis bagitaw nak makan apa takpaa, kalau jenis yang ‘masak pi lah apa pon’ haa sudah, nak masak apa tu?? lepas tu soalan tu mesti pass ke anak-anak.. bheheee.. itupon kalau anak dah besar boleh fikir nak makan apa..

maaf tak senonoh sikit hidang kuih dalam loyang.. hehehe..
baki mama husna buat kuih order dari surau tu..

ni menu berbuka Jumaat, 20 Ramadhan lepas.. menu simple je tapi sesuai lah kalau jenis nak nampak banyak dan masaknya cepat.. lagipon gatai tangan ni nak testing Tumix Kuah Ajinomoto yang husna dapat siang khamis tuu.. ekekekke.. maka jadilah sup sayur campur versi tumis darat..

1.Masukkan air dan jenis sayur yang keras ke dalam periuk.. masak hingga mendidih atau cukup lembut sayur-sayur tersebut..

2.Setelah mendidih potong kobis, tomato, fishball, fishcake dan tauhu dan masukkan ke dalam periuk.. Masak sekejap..

3.Akhir sekali, tumis bawang putih dan bawang goreng dalam kuali berasingan dan tuang ke dalam periuk sayur tadi.. Lengkapkan dengan daun bawang daun sup, sedikit garam dan paling penting penambah rasa Tumix Kuah Ajinomoto.. kalau agak nak letak perencah sup pon boleh..:)

kat rumah husna kalau makan nasi berlauk tak de kuah memang tak lengkap.. lepas tu kalau masak sup macam ni, semua pakat hirup tak berhenti.. tapi tak de lah sampai terbawak-bawak perangai tak semenggah ni ke rumah orang.. malu ngat aih.. :p


Till then!! See ya~












Sunday, July 20, 2014

Resepi Nasi Lobak Merah


Assalamualaikum w.b.t..


Khamis lepas sempat blogwalking ke Blog Puan Kutu, lepas rindu baca kisah Aiman dan Afia.. dan sempat jugak lah salin resepi Nasi Lobak Merah hasil kak Murni.. bhehee.. lama tak main main dengan nasi, selalu lauk je kan.. last masak nasi jenis macam ni pon masa kat rumah sewa dulu, sekarang asyik nasi putih je.. memandangkan adik-adik husna balik dari asrama, so ingat nak berbuka lain sikit dari kebiasaan..

kemain cantik orennya.. tapi bila siap masak kuning jugak..-..-

Simple je nak masak nasinya.. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan buah pelaga).. ½ lobak merah di potong halus, ½ lagi kisar, dan masukkan sekali dengan 3 cawan beras yang dah siap di basuh.. Kacau sekejap bagi sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi.. Masukkan ½ susu cair dan air secukupnya..

Nak masak nasi tu ikut pilihan masing-masing, nak masak atas dapur sesiap masa tumis tu pon boleh, nak alihkan ke periuk nasi pon boleh.. husna lebih suka alih ke periuk nasi, sebab malas pikir dah lepas tu.. tekan dan biar je dya buat kerjanya.. bhehee.. lagipon tak mahir nak masak nasi guna dapur api, kalau periuk elektrik taw laa..:p


Buat daging masak kurma, lepas tu goreng sayur campur.. walaupun macam tak kena je sayur tu, sebab selalunya orang letak acar timun dan nenas, tapi husna bedal je.. ngeheee.. masuk perut kenyang jugak..

Jemput makan!! :p



Till then!! See ya~











Sekumpulan Cerita Pendek


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, selamat petang, salam Ahad, dan salam hujung minggu..:) nak taip entry sambil tengok Hindustan kat ntv7, amboihh makan masa betul.. mana tak nya, dah iklan baru sempat fikir dan taip.. bheheee..


Hindustan hari ni boleh tahan, Fox (Hindi movie).. filem ni macam unik sikit, tak de babak cintan cintun, seorang peguam penjenayah lakonan Arjun Rampal, cuba merungkaikan sebab dya terperangkap.. rupanya polis lakonan Sunny Deol, dalang dan dya yang bunuh semua peguam penjenayah hebat, sebab dya fikir gara-gara mereka terima upah, mereka berjaya lepaskan penjenayah.. lagipon Sunny Deol tak puas hati kerana penjenayah yang tembak mati isteri dan anaknya terlepas dek peguam yang membela..

perghh tak pasal-pasal terlibat.. kesimpulannya, setiap pekerjaan ada cabaran dan bahayanya.. :)


khamis lepas, sample percuma Tumix Kuah dari Ajinomoto sampai.. dapat 3 paket kesemuanya.. lepas ni masak benda berkuah habis semua husna bantal pakai penambah rasa Tumix nih.. bheheee.. kira pelengkap dalam masakan, tapi kalau tak de garam je pon dah sodapp..

ingat nak masuk pertandingan yang dianjurkan Tumix nih, tapi rasa macam dah tak sempat sebab nak kena ikut syarat kelayakannya yang makan masa.. tamat plak hari ni.. tak pe dapat rasa pon dah cukup, kalau nak beli lepas tu rasa memang lambat lah sikit.. :p

sibuk pakai baju abah.. *kantoi tema tahun ni*

ini kisah semalam sebelum adik-adik husna balik asrama.. mentang-mentanglah baju raya dah beli waktu diorang tak de hari tu, asyik nak buka almari mama pastu belek.. kejap nak pakai, kejap nak berjalan ke sana sini, kejap tanya itu ini, siap habis semua orang punya diorang try..-.-

dan ini perbualan adik yang bongsu dengan mama husna lepas puas dya belek dan pakai semua baju..

Adik: kenapa baju orang pompuan zip kat belakang, baju orang laki zip kat depan??
Mama: ermm ntah la dik, malas nak pikir tengah posa ni..

Husna plak yang dengar bantai gelak je.. yelaa dah petang memang tak larat lah semua orang..:p


Sebelum 22hb, pos laju cuti raya, ada yang nak tempah lagi maruku kuih siput tak?? :) kalau tak nak jamu tetamu, boleh makan reramai dengan sepupu sambil tengok cita best sepanjang raya kat kampung tu.. murah je, sekilo RM15.. boleh pm husna kat facebook..:)


Till then!! See ya~












Tempahan Maruku Kuih Siput Di Buka


[ENTRY STICKY POST]
KLIK OLDER POST UTK ENTRY SETERUSNYA

Assalamualaikum w.b.t..


Dah masuk 18 Ramadhan, pasti ada yang dah berkira-kira mahupun merancang dengan perbelanjaan kuih raya untuk raya kali ni kan?? otak pon mula ligat berfikir nak buat kuih apa, berapa jenis kuih, nak buat bila, bila nak pergi beli barang dan memacam lagi lah.. bagi keluarga husna plak, setiap tahun mesti ada beberapa jenis kuih yang buat sendiri dan juga beli di kedai, main tunjuk-tunjuk orang cakap.. selalunya beli disebabkan teringin tapi tak pandai buat, atau hanya nak memeriahkan jenis kuih yang ada, so beli pon tak banyak..

pelengkap untuk encik-encik kuih nih mestilah kerepek atau maruku, kalau kat rumah husna setiap tahun memang wajib ada.. husna percaya yang lain pon macam tu kan, sebab kekadang tetamu nih datang bukan nak makan kuih sangat, yelaa dah banyak ziarah rumah, tak kan nak hadap kuih je semua, pasti ada yang nak kan kelainan.. husna pon tetamu jugak, so kalau perut dah sarat dengan makanan mestilah tolak semua makanan berat termasuk kuih.. then nak jaga hati tuan rumah, maruku atau kerepek ni laa akan jadi habuan.. pernah sekali mama cerita, masa menziarahi rumah kawan abah, satu bekas kerepek sekejap je kami adik-beradik licinkan, dasar perut tong muka tak malu.. -.-

berbalik pada cerita maruku tadi, mungkin anda boleh sajikan pada tetamu dengan maruku kuih siput.. bagi husna inilah maruku yang paling tak boleh blah *rasanya semua maruku centu kot* seantero dunia, sebab bila makan sekali je pasti tangan ni tak boleh berhenti dari mengambilnya dan terus masukkan ke dalam mulut, melainkan ada yang tutup bekas dan pergi simpan di tempat yang tinggi dan di luar penglihatan.. risau tak sempat raya, kuih siput dah habis satu bekas.. hahaha.. tapi manusia yang pergi simpan tu kena lah ingat kat mana dya simpan, kang terlupa jadi satu hal plak..



kat mana boleh dapat kuih siput nih?? 


boleh tempah dengan husna..:) bukan husna yang buat tapi mama husna, husna cuma tolong siapkan jadi kuih siput je.. inshaAllah di jamin mampu memberi kesedapan dan kepuasan kepada pembeli.. sebelum puasa pon dah ada yang tempah untuk makan sesaja means bukan nak jamu di hari raya lah, kalau untuk raya rasa macam awal sangat plak.. :p Alhamdulillah ada makcik tu siap repeat order dan siap cakap raya nih dya nak tambah.. terima kasih mak cik..

harga terbaik dari ladang!!

sekilo kuih siput hanya RM15 sahaja.. *tak termasuk postage* mama husna beri harga kasih sayang je, sebab kami pon faham dan boleh nilai jenis yang mahal melampau dan kaut untung berlipat kali ganda.. tak nak lah sampai macam tu, pastu ada yang bisik-bisik belakang, berniaga ni lebih baik besederhana je.. bukan nak sekali je datang lepas tu tak datang dah, orang lain yang berniaga pon mesti faham kan..

kalau ada penghantaran by pos, inshaAllah hari ni bank in, esok dah boleh pos..
COD area:
--Kulim--
--Padang Serai--
--Sungai Petani--


berminat?? kalau nak buat tempahan boleh private message husna di facebook husna sendiri.. klik saja banner atau KLIK SINI!! lepas tu boleh lah kita bincang dengan lebih lanjut..:) nak tanya apa-apa pon boleh pm je, husna tak makan orang..:p terima kasih..


Till then!! See ya~











Saturday, July 19, 2014

Segmen : Saya Mahu Kad Raya!


ASSALAMUALAIKUM


klik banner untuk join.




Tanpa membuang masa, hari ini SR nak lancarkan satu segmen ringkas sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, SR melancarkan Segmen : Saya Mahu Kad Raya! Motif giveaway ini diadakan untuk mengembalikan semula nostalgia mendapat kad raya. Maklumlah, sekarang ni zaman IT, semuanya di hujung jari. Hantar guna sms, facebook, whatsapps, wechat and others (But, me did it too.) Tapi, tak bestlah! Teringin juga nak hantar kad raya. Rindu zaman-zaman sekolah dulu, bagi kad raya and dalam tu mesti ada duit raya even 10 sen, 20 sen and more... 

Hadiah : Kad raya  x 5



Segmen : Saya Mahu Kad Raya akan berlangsung selama  15 hari bermula pada  4-19 July 2014 (Jam 5 petang)


Good luck!


Tutorial Download Video Facebook Tanpa Guna Software


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, tak pasti semua dah taw ke tak pasal ni, ke husna je yang terlepas bot lambat sangat taw.. tapi takpaa husna kongsi sini buat rujukan semua ye.. mungkin ada pelajar yang perlukan video sampingan semasa pembentangan dalam kelas, saat saat akhir tak sempat nak download software, ditambah plak internet macam siput khinzir, mohon bertabah.. sebelum ni husna cuma guna online software je, ClipConverter..

al kisahnya beberapa hari lepas, kawan husna share klip video dalam group facebook kitaorang tapi tak dapat tengok sebab video asal di set untuk friends je, so yang bukan friends memang tak boleh tengok pon laa.. dya mintak tolong husna selesaikan, takpaa kita kawan kejap dengan owner video nak mintak download guna clip converter tu, yakin je kata boleh sebab sebelum ni boleh je..

tetiba lepas copy link nak ke step seterusnya dah tak boleh, berkali-kali jugak cuba.. takpaa kita try tutorial yang Jia Rizaira bagi plak.. pon tak boleh sebab itu untuk youtube je.. gigih google mujur ada.. tutorial sebenar dalam bentuk video so husna tunjuk kat semua guna gambar je lah ye..:)









Harap-harap faham lah ye..:)
Till then!! See ya~











Friday, July 18, 2014

Sekali Lagi Tragedi Nahas Kapal Terbang


Assalamualaikum w.b.t..


Lewat malam semalam sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan tragedi nahas kapal terbang yang melibatkan pesawat Boeing 777 Malaysian Airlines MH17.. dipercayai ditembak jatuh semasa melepasi ruang udara Ukraine.. Inna lillahi wainna ilai hiraji’un takziah buat semua keluarga penumpang dan krew pesawat.. Al-fatihah..




saat MH370 masih segar diingatan, saat serangan zionis Israel keatas Gaza, Palestin masih lagi dilepaskan seperti langsung tiada surutnya, kita diuji dengan satu lagi ujian dariNya.. Allahu, tak terdaya memikir apa nasib ku kelak.. bulan baik, juga di hari yang baik mari sama-sama perbanyakkan doa dan semoga kita masih diberi 1001 rahmat dariNya.. inshaAllah Ameen..

**********

Kad raya kedua tahun ni datang dari blogger pha is.. peneraju utama Hikayat Budak Pening.. cakap je nak bagi kad raya, laju je husna pergi private message dya kat facebook.. bheheee.. terima kasih pha is..




Till then!! See ya~










Tuesday, July 15, 2014

Kad Raya Pertama 2014


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, ingatkan dah pupus di telan zaman, rupanya masih ada lagi yang mengekalkan.. sukanyaa hoii.. kalau dedulu waktu kecik rajin laa balas-balas kad raya dengan sepupu sepapat.. sekarang memasing dah besar, nak plak hidup di zaman teknologi serba canggih, tak perlu pakai kad, e-kad pon dah cukup.. tapi itu dulu, jenis teknologi baru nak up, memang semua kemain eksyen lah pakai e-kad.. sekarang nih kalau dapat kad raya, happy terok beb!! macam sekarang.. bheheee.. 

kad raya pertama husna untuk tahun nih, terbang dari bumi perlis sana, siapa lagi kalau bukan dari duniazumal.blogspot.com.. rajin dan baik betul zumal, siap adakan segmen untuk blogger yang teringin kad raya macam husna nih..:p 

terima kasih zumal..:)

kad raya dari duniazumal

kad raya dari duniazumal











Salam Nuzul Quran 1435H


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, Salam Nuzul Quran semua.. Alhamdulillah hari yang baik, cuaca pon baik.. boleh ambek masa sekejap hayati apa itu pengertian dan peristiwa disebalik hari penurunan Al-Quran ni.. bersama menghayati dan mengamalkan bacaan Al-Quran di bulan yang mulia ini, sesungguhnya Allah SWT yang memuliakannya..



PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW yang akan menjadi petunjuk kepada manusia. 


PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Hari penurunan Al-Quran pon sudah dimuliakan dan diingati apatah lagi membacanya.. Subhanallah.. Selamat bercuti buat yang bercuti hari ni.. manfaatkan ruang yang ada, inshaAllah..


Till then!! See ya~










sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2013.0

Resepi Roti John Meleleh


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, dua hari lepas husna mengidam terok kot, eh ini bukan disebabkan pembawakan budak tapi pembawakan cacing dalam perot.. diorang meronta-ronta nak makan Roti John.. yelaa tetiba teringat kenangan masa kat kolej dulu, ada masa pergi bazaar sebab nak beli roti john.. masa berpuasa kat rumah sewa tak dak laa kempunan sangat mungkin tak dak yang menjual setanding roti john abang kat kolej tu kot.. serius sedap sangat sampai sanggup beli untuk sahur esok pagi.. lahhh rindunya Merbok, rindunya kengkawan, rindunya suasana kat sana, rindunya nak buat bising tengah padang, rindunyaa nak belagak senior.. ehem bukan rindu nak belajar pon bhahaaaa..

ok sambung, ingat nak merempit pergi beli kat kedai depan taman tu je pastu mama husna tak bagi.. dya suruh husna buat sendiri je lagipon bahan-bahan semua dah ada.. nak makan plak ramai mesti tak cukup kalau beli satu atau dua.. husna ni malasnya lahaii -..- tapi sebab nak makan ku gagahkan jua.. pesan kat abah sebelum balik kerja singgah kedai beli roti sosej dan mayonis.. jumaat malam sabtu siap belasah buat untuk family, siapa yang follow twitter husna perasan laa tweet husna tu.. bheheee.. pre-sahur lah kengkononnya sebab waktu tu pukul 12 malam dah kot.. hentam..

sabtu petang buatkan lagi untuk adik-adik bawak bekal nak balik asrama, sorang satu pakat angkut, sampai meleleh-leleh diorang kerjakan.. lepas tu kasi ke anak jiran yang nak balik asrama jugak.. ok meh husna kongsi resepi, sebelum tu resepi asal di sini ye..

[Peringatan!! husna buat adunan inti ni waktu buat kat adik-adik husna so husna decide nak buat terus untuk balance 8 biji roti john, then adunan tu simpan dalam freezer, kalau nak buat lagi just keluarkan dan panaskan kuali leper.. so kalau nak buat sikit pepandai adjust taw.. adunan ni memang cukup untuk 8 biji roti, husna letak inti pon tak kedekut ye.. daging jelas terasa..:)]


Resepi Roti John Meleleh

bahan-bahan roti john
Bahan-bahan:
-8 biji roti sosej
-6 biji telur
-daun bawang daun sup
-kobis dan timun *hiasan*
-mayonis dan sos

Bahan-bahan inti:
-bawang putih bawang merah
-setengah peket kecil rempah kari daging
-sepeket daging ayam kisar *seperti dalam gambar*
-lada sulah


Cara-caranya:

1.Hiris bawang putih dan tumis, dah garing masukkan rempah kari daging dan biar kering sedikit.. lepas tu masukkan daging ayam kisar yang telah dibasuh, dan bawang merah yang telah dipotong dadu.. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.. Masak sehingga daging benar-benar masak..

2.Pecahkan telur dalam satu bekas, dan masukkan hirisan daun bawang daun sup.. Then masukkan bahan inti tadi ke dalam bekas telur, kacau sebati.. Sekejap je bahan inti kita dah siap..

3.Panaskan kuali leper, corakkan bahan inti tadi sesuai untuk sebiji roti sosej then tekapkan roti tersebut.. Dah yakin telur tu masak elok, boleh lah diangkat.. sekejap je telur tu nak masak..

4.Hiaskan dengan kobis dan timun.. Untuk yang suka sayur macam husna jangan lepaskan peluang untuk mampatkan roti john anda.. dan banjirkan dengan sos dan mayonis.. sampai meleleh pon takpaa sebab sendiri bikin sendiri yang nak makan.. dah siap jangan lupa bismillah.. bheheee..


Till then!! See ya~











Monday, July 14, 2014

Segmen Panggung Sabtu | We Are Family


Assalamualaikum w.b.t..


keywords nuffnang
keywords nuffnang semalam

Hi, tengah cuba mencari mood nak update entry.. cerita ada je tapi mostly semua berkaitan makanan, kang update di siang-siang hari ada pulak yang meleleh air liur, istighfar panjang ngaku dya tengah pose.. bheheee.. mujur laa semalam cek keywords Nuffnang ada jugak benda berkaitan nak update.. tak sangka ada yang mencari segmen panggung sabtu husna.. hehehe.. husna ingat nak bebuat lupa je sebab sabtu lepas sibuk bertukang, pasal tu malam kang husna cerita ea.. ahad plak awal pagi dah keluar pergi shopping, settle satu hal berkaitan persiapan raya.. balik rumah je dah tengah hari, faham jelaa orang lemah stamina nih, penat sikit pengsan..-.-'


We Are Family (Hindi Movie)

We Are Family
sumber: google

Seorang ibu, Maya yang mempunyai 3 orang anak, Aaliya, Ankush dan Anjali dilanda krisis rumah tangga dengan suaminya, Aman, seorang photographer.. benda biasa, selalu jadi macam ni 99.99% disebabkan orang ketiga, well its true.. Di parti hari jadi Anjali, Aman memperkenalkan Shreya Arora, seorang fashion designer yang berkaliber, kepada Maya.. reaksi terkejutnya disedari oleh anak-anaknya dan menyangka Shreya seorang yang jahat..

Satu hari, Maya mendapati bahawa dya menghidapi kanser serviks tahap kritikal dan hanya menghitung hari.. Dya memberitahu perkara sebenar kepada Aman dan Aman terpaksa tinggalkan Shreya tanpa penjelasan kerana Maya ingin perkaranya dirahsiakan.. Maya cuba menceriakan hari-harinya sampai satu masa untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak-anaknya, mereka kecewa dan menganggap Maya ingin meninggalkan mereka.. Maya tak kuat dan memerlukan bantuan.. Dya pinta bantuan Shreya, sebab dya fikir tak lama lagi, anak-anaknya juga memerlukan seorang ibu..

Shreya dibawa masuk ke dalam keluarga tersebut, tapi tidak dipersetujui oleh Aaliya, namun setelah Shreya cuba menjelaskan bahawa dya bukan ingin merampas ayah mereka, dan hanya ingin membantu ibunya, Aaliya bersetuju untuk berdamai.. Maya hadir membantu apa yang patut dari segi menguruskan anak-anak, bantu siapkan kerja sekolah, menyiapkan bekal dan menguruskan emosi mereka.. Sampai satu ketika, Maya dan Shreya bergaduh, yelaa cara Shreya menguruskan budak-budak tu tak sama dengan caranya.. Maya menyentuh sensitivity Shreya dan menyebabkan Shreya mengambil keputusan untuk tinggalkan rumah tersebut.. Aman memberitahu Maya caranya salah, dan tetiba Maya jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital..

Sewaktu Shreya membawa budak-budak tersebut melawat Maya, Maya dan Shreya berbincang.. Shreya mengaku bahawa budak-budak masih memerlukan Maya.. Maya mengaku silapnya dahulu yang hampir membunuh Anjali, disebabkan kecuaian dya memberi Anjali makan mentega kacang, kerana Anjali alah.. Shreya menenangkannya bahawa tak semua ibu sempurna sebab tu dya kena terus mencuba.. Sebelum Maya meninggal dya pinta kepada Aman ingin pulang ke rumah dan hidup bersama-sama mereka meraikan perayaan Deepavali.. Semasa perayaan disambut, anak-anaknya mengadakan satu majlis untuknya dan memutar kembali kenangan bersama mereka.. Tiba masa untuk mengambil gambar, Maya mengajak Shreya untuk serta sekali sebab sekarang dya dah pon menjadi sebahagian dari keluarga tersebut..

Pelakon:
Kajol sebagai Maya
Kareena Kapoor sebagai Shreya Arora
Arjun Rampal sebagai Aman
Aanchal Munjal sebagai Aaliya
Nominath Ginsburg sebagai Ankush
Diya Sonecha sebagai Anjali


Till then!! See ya~












Sunday, July 13, 2014

Segmen : Mini Topup Giveaway 2 By Jurnal Setiausaha Lelaki


Assalamualaikum w.b.t..



[klik banner utk makluman lanjut]



segmen tamat pada 15 Julai 2014









Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates