Featured

Wednesday, December 23, 2015

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Sumbat Nyok


Assalamualaikum w.b.t..


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Nyok | kebiasaannya ikan cencaru ni paling sedap dimasak kalau sumbat kelapa parut dibahagian belakang ikan tu.. lepas tu terpulang sama ada nak goreng atau bakar, kedua-duanya ada rasa tersendiri kepada si pemakan.. kalau kat rumah husna biasanya ikan cencaru nih selain di sumbat dengan kelapa parut ada jugak digoreng semata atau buat masak asam.. semuanya bergantung kepada keinginan si pemakan dan kerajinan si tukang masak.. kihkihkih..

ada jugak yang memanggil ikan cencaru dengan nama ikan jacket kerana kulitnya yang keras itu.. tapi kami orang kedah sebut ikan caqu jaa, tanya nak masak apa?? mestilah belah belakang lepas tu sumbat nyok.. hehehe.. senang! tak payah nak banyak cerita.. :D

“orang jauh” kalau cakap pasal ikan cencaru, sibuk jaa dya nak sumbat nyok pastu bakaq..:p


Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Sumbat Nyok



Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru (siap dibersihkan)

Bahan-bahan untuk disumbat:
setengah biji kelapa siap parut, 2 tangkai serai dihiris halus, jintan manis, 
bawang putih bawang merah, cabai melaka dan serbuk kunyit

kemudian kisarkan kesemua bahan untuk disumbat tadi dan goreng kering sedikit untuk hilangkan air nya.. boleh juga di hiris halus daun kunyit dan goreng bersama bahan-bahan tadi.. nak letak cabai potong lebih pon tak mengapa semasa menggoreng, terpulang kepada tahap kepedasan memasing..


seterusnya lumur ikan-ikan tersebut dengan garam dan kunyit.. bahagi bahan kisar kepada 3 bahagian untuk 3 ekor ikan, senang kalau risau terkurang atau terlebih.. kemudian boleh laa di isi bahan kisar yang telah digoreng ke dalam perut ikan-ikan tersebut..:)


selepas dah siap digoreng boleh laa dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain.. makan bersama nasi putih pepanas sedap nih hehehe.. 

itu jelaa caranya, mudah je.. cubalah! :)


Till then! See ya~

Lazada Malaysia

Wednesday, December 09, 2015

Beraksi di Jump Street Trampoline Park, Penang


Assalamualaikum w.b.t..

hai semua! minggu lepas husna diberi kesempatan untuk sertai aktiviti melompat lebih tinggi bersama 18 orang ahli blogger utara di Jump Street Trampoline Park, Penang.. ini pertama kali husna berjumpa sebahagian besar ahli keluarga blogger utara selain dari sembang rancak dalam group WhatsApp.. hahaha.. perasaan pada masa tu hanya diri sendiri je yang tawu padahal ada jaa yang husna dah pernah jumpa tapi normal laa sementara nak biasa malu segan tu tetap ada.. kihkihkih..:p


okay untuk pengetahuan semua, Jump Street Trampoline Park, Penang merupakan taman tema trampoline yang terbesar di Asia dengan lebih seratus trampoline dihubungkan bersama dari lantai sampai lah ke bahagian dinding.. Nak masuk sini tak perlu risau pon kalau seumur hidup tak pernah melompat atas trampoline, sebab nanti akan ada referee berpengalaman yang akan membantu di setiap bahagian.. kat sini ada lebih kurang 7 bahagian yang sememangnya akan menarik perhatian para pengunjung.. kalau boleh semua pon nak cuba.. hehehe..


kami sampai dalam pukul 2 lebih lepas tu terus disumbatkan dalam blue cube untuk sesi penerangan, agihan socks dan pemakaian tag tangan.. mereka yang berbaju belang hitam hijau tu laa referee kami pada hari tu, mesra je diorang.. sebelum memulakan permainan, Jump Referees akan memberi penerangan tentang undang-undang di setiap aktiviti dan paling penting memastikan setiap jumper melompat mengikut kemampuan mereka selain dari memastikan setiap jumper sentiasa selamat..


sebelum memulakan aktiviti kena laa panaskan badan dan regangkan otot-otot dulu.. kalau tak kang ada pulak yang terseliuh atau tersilap urat.. kihkihkih.. kan dah potong mood nak melompat so buat bebetul ye..

lepas tu baru boleh terjah dan beraksi..:D

5 minutes break! hihihi 

1. Main Court @ Ice Breaker 
setiap group akan dibawa ke sesi ice breaking dulu di Main Court ni untuk meregang dan mengenali skill-skill asas bermain trampoline.. ada 5 jenis skill asas iaitu Straddle Jump, Tuck Jump, Pike Jump, Knee Drop, dan Seat Drop..

tiga jenis lompat yang pertama tu husna boleh hadap lagi, lepas tu masuk je Knee Drop dan Seat Drop tu tak mampu dah.. nak kena melompat jatuh dengan lutut dan melompat jatuh dengan duduk.. mak aih bukan apa, jenis tak percaya diri sendiri boleh buat nih fail lah sekejap.. hihihi.. so buat yang nak tingkatkan keyakinan diri sendiri boleh laa datang cuba..:)


2. Foam Pit Relay @ Foam Pit
kat bahagian nih pulak dua kumpulan akan lompat dengan serentak ke dalam lautan foam untuk lawan kumpul point.. lepas dah lompat masuk dalam nih jangan harap dapat keluar dengan cepat.. makan masa sungguh, nampak je besar dan timbul kiub-kiub foam tu padahal bila dah lompat, mak aih tenggelam sekelip mata boleh lesap.. hahaha..


3. Tower Jump
di bahagian tower jump ada dua pilihan sama ada guna tower untuk melompat ataupun guna trampoline je.. tower jump merupakan platform untuk melompat dimana kita akan menentang graviti sehingga mendarat dengan selamat di atas Giant Air Bag.. yang ni husna tak cuba pon sebab ramai sangat yang tengah tunggu que..

4. Slam Dunk Lane @ NBA Sharp Shooter
ada tiga lane yang mempunyai 3 jenis ketinggian jaring iaitu 10', 9' dan 7'.. setiap jaring mempunyai markahnya yang tersendiri dan kumpulan yang bermain akan berusaha untuk kumpul markah sebanyak yang mungkin.. bahagian nih boleh laa nak acah-acah slam dunk, lompat atas trampoline dan menjaringkan gol.. nampak macam senang rupanya tak pon.. huhuhu..


5. Trampoline Dodgeball @ Dodge Ball Courts
kat sini ada dua gelanggang dodgeball dan setiap kumpulan boleh bermain di gelanggang tersebut menggunakan format Round Robin.. permainan nih lebih kurang macam tuju kasut laa, tapi ni guna bola dan tuju pihak lawan sambil lompat atas trampoline.. husna masuk gelanggang main nih awal lagi keluar, dok ralit tengok orang lain kena tuju tak perasan diri sendiri kena tuju.. adehh~

6. Battle Beam
aktiviti nih hanya sesuai untuk kanak-kanak ye.. hari tu tak dak Jump Referees yang bertugas so tak dapat nak tengok macam mana budak-budak tu main.. yang husna tawu dua orang akan meniti di atas palang sambil pegang Battle Sticks berkusyen, tujuan dya hanya kalahkan pihak lawan memasing..


7. High Performance
Kawasan high performance hanya sesuai untuk atlet dan orang dewasa sahaja.. terdapat 6 jenis trampoline bersaiz olimpic yang akan memberi persekitaran yang sempurna untuk jumpers asah bakat dan meningkatkan kecergasan.. trampoline kat sini sangat tak sama macam trampoline di aktiviti sebelum sebab trampoline dya gila jarang.. boleh nampak dasar lantai.. mak aih rasa-rasa mampu tak lompat atas tu.. husna try memula macam risau sikit tapi sebab dah gian, lompat jugak laa itupon mata tak pandang bawah.. herrr memang idok ler..


Aturan Keselamatan Melompat
Jump Street Trampoline Park, Penang sangat menitikberatkan mengenai keselamatan jumpers sebab melompat atas trampoline ni boleh dikategorikan sebagai sukan extreme, silap langkah atau cuai sedikit sebanyak akan mengundang kepada bahaya.. jadi jika terlihat jumpers yang tidak mengikut arahan, pihak mereka akan tidak teragak-agak untuk mengusir keluar..


pihak Jump Street jugak ada menyediakan kemudahan kafe dan toilet yang selesa.. ibu bapa yang menunggu anak bermain sementara tu boleh singgah minum atau makan dulu.. ataupun yang lepas lompat berasa dahaga boleh jugak duduk dan minum dulu..


keseluruhannya kami pada hari tu memang sangat-sangat have fun lah.. serius walaupun husna dah sampai Merbok balik rumah sewa still rasa macam masih berdiri di atas trampoline lagi.. inshaAllah kalau ada rezeki pasti akan ke sana lagi.. terima kasih banyak kepada pihak Jump Street Trampoline Park, Penang kerana sudi menerima kunjungan ahli Blogger Utara..

Pembelian Tiket

  • Harga Keseluruhan (Isnin hingga Rabu): RM22/pax (termasuk cukai GST 6%) [Sejam melompat + Stokin]
  • Harga Keseluruhan (Khamis hingga Ahad): RM27/pax (termasuk cukai GST 6%) [sejam melompat + Stokin]

Waktu Operasi
  • Ahad hingga Khamis, 10 pagi sehingga 9 malam
  • Jumaat dan Sabtu, 10 pagi sehingga 10 malam

Hubungi mereka:

Jump Street Trampoline Park
D'Piazza Mall,
70, Jalan Mahsuri, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tel: +604-611 9248
Facebook: https://facebook.com/JumpStreetAsia/
Instagram: https://instagram.com/jumpstreetasia/


Till then! See ya~

Saturday, December 05, 2015

Resepi Pizza Roti Gardenia Semudah Alif Ba Ta


Assalamualaikum w.b.t..


kihkihkih pedulik kan tajuknya.. hai, cemana semua? sihat? Alhamdulillah husna pon sihat dan tengah meniti minggu-minggu akhir sebelum bermulanya study week dan seterusnya final exam.. hurm bila dah hujung semester ni mula laa nak kena bergelumang dengan assignment, presentation dan test.. sebenarnya adat laa sebagai pelajar kan, lagipon bila dah keluar bekerja nanti dah tak dak dah nikmat macam nih haa.. waktu cenggini lah nak merasa pon.. 

tapi sayang, lately nih banyak betul perkara yang berlaku telah menyentuh sensitiviti hati dan perasaan.. hanya kerana individu ini bersikap tidak professional, ramai yang terpalit menyebabkan emosi kucar-kacir.. haishh penat~~ penat nak hadap, dan sumpah kalau boleh memang tak nak masuk campur sebab bukan jenis yang suka masuk campur.. awak lebih matang yet so educated, tak kan perangai macam nih nak diajar jadikan panduan.. Allahuakbar..

dah sekarang husna nak ambek mood berblog kejap dengan menghabiskan cerita-cerita zaman dahulu kala yang sememangnya tak kan pernah ternoktah.. alkisah orang suka simpan buat pekasam, cenggitu laa.. hihihi.. takpaa lepas entry nih husna cerita pasal keseronokan ahli blogger utara beraksi di JumpStreet Penang..:D

Resepi Pizza Roti Gardenia


Bahan-bahan: 
roti Gardenia, sos cili, sosej, sayur campur, cheese keping, dan mayonnaise.. 

husna cuma guna apa yang ada kat rumah je, nak cepat sebabnya perut dah bergendang mintak segera di isi.. sosej tu husna goreng dulu sebab tak berapa suka sosej rebus.. lepas tu husna potong senget nipis-nipis.. alaa apa susah sendiri bikin sendiri yang nak makan, pusing macam mana pon takpaa aih.. hihihi..


sapu sos cili pada roti dan susun roti memenuhi permukaan loyang.. lepas tu mula laa acara menghias sesuka hati mok cun, sikit-sikit hampa tempek, lama-lama makin pizza hampa cantik gituu.. husna tak dak stok keju mozarella, jadi gigih guna keju keping ni je.. tak pe lah nanti kita gi cari bahan lepas tu buat meletop-letop sikit ye.. ekekkeke..


tadaaaa!! 

hehehe lepas dah dikeluarkan dari oven, cengginilah rupanya.. nikmat makan pepanas, cumanya tak dak lah rupa cheese bertali macam dalam tv tuh..:D 

Selamat Mencuba~;)



Till then! See ya~

Lazada Malaysia
Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates