Saturday, April 16, 2016

Segmen Bollygood | Singham Returns


Assalamualaikum w.b.t..


Segmen Bollygood Singham Returns | lamanya rasaaaa tak cerita pasal Hindustan kat blog husna nih.. padahal selalu je layan Segmen Panggung Sabtu di TV3 dan Segmen Bollygood di TV2 tapi entah macam mana boleh pulak seorang husna tak rajin nak update blog.. :p

Rabu malam haritu Segmen Bollygood bertajuk Singham Returns.. sekali tengok macam tak best, nampak macam cerita lama dengan seragam polis nya, sebab tu kisah awalnya husna tak tawu sangat bagaimana kisah bermula.. lagipon dok beria tempek inai, sajaa, husna tak boleh tengok kuku nih lama sangat tak berwarna.. hihihi.. sementara nak tunggu dya kering tu, sempatlah layan kejap cerita nih.. rupanya boleh tahan jugak ye..

Segmen Bollygood | Singham Returns
Arahan Rohit Shetty, 2014.


Singham Returns, 2014 kesinambungan dari Singham, 2011.. Cerita ni sebenarnya sensitif sikit sebabnya pengarah menggambarkan kepimpinan politik, sistem kehakiman dan agama di tempat tersebut nampak sangat korup.. huhuhu..

Berikutan pencapaian cemerlang Bajirao Singham (Ajay Devgan) di Goa, dalam cerita ni dya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) dan diarahkan ke Mumbai untuk membanteras rasuah politik dalam acara pilihan raya akan datang..

Nak dijadikan cerita, Guruji (Anupam Kher) sebagai Perdana Menteri diorang telah ditembak mati.. setelah disiasat rupanya salah seorang ahli politik, Prakash Rao (Zakir Hussain) yang bertanding yang menjadi dalang kepada pembunuhan tersebut.. bersamanya seorang mubaligh yang sesat, Babaji (Amole Gupta) telah mengugut dan mengancam calon-calon ahli politik yang lain demi memastikan aktiviti rasuah dan black money diteruskan..


Tak semudah yang disangka kerana Bajirao Singham memang tak kan biarkan perkara tersebut berlalu macam tu je.. dya cuba untuk mengumpul bukti yang membabitkan kesalahan mereka berdua.. walaupun licik akhirnya tumpas jugak kerana tanpa sedar mereka telah mengaku sendiri kesalahan yang telah dibuat seraya seorang wartawan nekad untuk merakam pengakuan tersebut..

Yang paling menarik bagi husna pada bahagian akhirnya.. walaupun mereka dah disabit kesalahan dan dikenakan penjara seumur hidup, tapi perangai mereka menyebabkan Bajirao Singham tak puas hati kerana berpendapat bahawa mereka akan keluar dari penjara bebila masa sahaja dan melakukan perkara yang sama dikemudian hari.. jadi dalam perjalanan ke penjara selepas perbicaraan tamat, Singham mengarahkan anak buahnya memberhentikan kenderaan dan meninggalkan kedua pesalah tersebut didalam kereta.. dan kemudian sebuah lori yang laju datang dari arah sisi kereta tersebut bertindak melanggarnya.. laporan mengatakan mereka dilanggar kerana brek lori tersebut rosak.. senang kan! Husna tengok bahagian nih rasa puas hati sangat..

Untung laa kalau ada lagi yang masih telus dan boleh diharap!



Till then! See ya~ 

7 comments:

  1. Hii.. Pencarian sponsor. jemput ke page saya :)
    http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/pencarian-sponsor-giveaway-mei-by-ann.html

    ReplyDelete
  2. kak yana kalau hero nie . jarang nak layan ngat . kalo salman khan .... wink wink wink ♥.♥ hehehe

    ReplyDelete
  3. peh, husna layan noh cerita2 lagu ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. husna peminat hindustan ke..owhh baru tahu..kak muni dh lama tak layah tv..nk tgok citer2 pnjg camni memang tak la..cite industan klu kena jalan cerita memang best.tamil lg satu..kak muni suka tamil.haha

    ReplyDelete